Thursday, August 14, 2014



PERATURAN ASAS MAKMAL KOMPUTER
  • Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.
  • Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.
  • Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
  • Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
  • Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
  • Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
  • Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
  • Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
  • Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. (JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
  • 10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.
  • Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
  • Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.
  • Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
  • Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
  • Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
  • Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
  • Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

No comments:

Post a Comment